Jumaat, 25 Mac 2011

KEJUJURAN BUKTI CINTA SEJATI ^_*



PERCINTAAN bukan berakhir dengan perkahwinan,
malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila n Majnun,
tetapi akhirnya putus dipertengahan jalan.

apabila mengingatkan kisah percintaan lama,
pasti ramai diantara kita akan tersenyum sendiri,
bagi lelaki dan wanita mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri,
kadang kala jika ditulis boleh dibuat novel.

ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua,
seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung, 
dan tidak boleh diganti dengan percintaan yang lain.

namun bagi kebanyakkan kita,
jodoh pertemuan ketentuan ilahi,
apabila gagal dalam percintaan 1,2, dan seterusnya,
masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu,
sama ada buruk ataupun indah,
timbul PERSOALAN
adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita??
adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan??
ATAU 
adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak perandakan hubungan anda??

ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu,
maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai,
dan tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

ini berlaku terutamanya kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya,
justeru itu,setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu,
namun sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, 
pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masalalu anda dan melupakannya.








BEBERAPA HAL YANG PERLU KITA PERHATIKAN UNTUK MENYINGKAP MASA LALU...
  • jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
  • kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
  • tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.